Rasuah dan Akidah
Dalam menjalankan pemiagaan, kedengaran keluhan terpaksa bagi ”under-the-table”money (rasuah) baru dapat projek atau tender. Persoalannya, adakah perbuatan sebegini dilihat menjelaskan akidah kepada Allah sebagai Yang Maha Berkuasa dan Pemberi Rezeki kepada makhluknya?
Gejala rasuah sememangnya menjauhkan mereka yang terlibat daripada Allah. Setiap kali dilakukannya, mereka semakin jauh daripada rahmat dan keberkatan kurniaan Allah. Kesannya, harta dan wang yang mereka peroleh kering daripada keberkatan yang seterusnya akan mempengaruhi hati dan jiwa sesiapa sahaja yang terlibat menikmati harta haram terbabit.
Hari demi hari, mereka akan terasa semakin berat untuk melaksanakan ibadah, semakin mencintai dunia dan gemar akan maksiat. Itulah akibat harta yang tiada keberkatan.
Daripada keadaan buruk itu, sememangnya tidak dinafikan dosa yang mengeras di hati dan jiwa akan mula mengikis pegangan akidah seseorang. Keyakinannya bahawa Allah Pemberi rezeki akan mula terhakis sedikit demi sedikit. Inilah kesan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan sebagaimana yang disebut oleh Allah s.w.t.
Kerana itu Nabi mengajar kita untuk membaca setiap kali selepas solat: